Friday 31 May 2013

Bersyukur Di Bumi Saudi



Perjalananku kali ini sungguh menyeronokkan,apa yang nak dikata,menjadi tetamu Baitullah Haram,misi menjejaki Haramain(asal perkataan haram).Mungkin kos untuk kesini amat murah berbanding kos dinegaraku 125 Dinar Jordan (550 ringgit),Sewaktu dimakkah ramai orang Malaysia cakap murah sangat sampai 9 kali ganda dengan harga umrah di malaysia.Mungkin harga kami ini murah sebab tidak termasuk kos makan dan hotel yang agak jauh.Disini aku ingin menceritakan kisahku selama 10 hari termasuk 2 hari perjalanan.


27 Januari 2012

Urusan visa umrah telah selesai setelah sekian lama menanti,urusan visa ini menyebabkan tarikh asal bertolak ke Saudi ditunda sebanyak 3 kali.Hati rasa takut mula-mula kerana dikhabarkan nama Aku tidak disenaraikan di dalam kouta Visa Umrah.Setelah dipastikan,namaku tercalon jugak,maka bersiap-siaplah diriku dengan membaca serba sedikit apa yang patut dibaca.

28 Januari 2012

Bertolak dari tempatku pada pukul 5 petang(10 mlm mlysia),peserta umrah lebih kurang 80 lebih jugak,sampai 2 bas.Ada yang pergi single,ada yang pergi dengan kakak,ade yang pergi dengan isteri,Bagus.mengikut syariat kerana ada wali yang bersama apabila wanita ingin bermusafir.mula-mula bersalaman dengan sahabat,selepas itu berlepas.

29 Januari 2012

pukul 1 pagi sampai disempadan Jordan Saudi,penat kalahkan pemandu bas lagi,sebelum sampai sempadan ni,kami ada berehat berdekat Muktah Saya makan maggie je,tu pun harga dah 1 dnr(4.30 rggt) ada jugak  bawak bekal cucur bawang.tapi dah habis.Lapar sangat!!!pada hari ini bermulalah cabaran dan ujian pencipta menguji hambanya

30 Januari 2012

Sampai disempadan Saudi dan Jordan.dekat sini cabaran memang banyak.laluan dekat untuk ke Makkah terpaksa di tutup kerana banjir.terpaksalah kami berjalan di jalan yang jauh sikit memakan masa 1 hari .apa pun,rase bersyukur jugak sebab dapat melalui jalan yang berhampirannya laut mati,ditepi jalan utama tu,ade laut mati.kali pertama tengak laut merah dan kalli pertama jugak tengok laut setelah sekian lama menanti.Petang itu,kami sampai di Madinah.20 minit sebelum asar berkumandang.Asar pertama aku tak sempat nak solat jemaah same-same dengan imam masjid nabawi.lewat 5 minit.terus habis.Mula-mula sampai masjid.solat asar dulu.lepas tu terus ziarah nabi.Sedih jugak.Allah yang tahu.bagaimana perjuangan nabi dulu.lepas tu nak balik.tukar duit dulu.dari ringgit malaysia kepada Riyal suadi.Pada maghrib dan isyak solat di masjid nabawi.mula-mula nak dapatkan raudhah.(iaitu taman2 syurga)tapi tak berjaya.orang ramai sangat.lepas tu iltizam di hati pegi kalau tak dapat ruadhah satu perkara yang rugi.iktikaf sekejap di masjid.pukul 10 pegi balik dekat raudhah.akhirnya dapat.aku pun terus balik ke hotel.

31 Januari 2012

Tanah perkuburan Baqi'.pagi2 subuh selepas subuh tu aku pergi kesana.sebab waktu lain sume tutup.lepas subuh dan lepas asar je boleh.itu pon ade polis kawal.aku dapat kawan seorang polis sembang pasai indon.
cakap cantik la.kat sini aku melihat gelagak syiah.menabur beras diatas kubur.hahaha.nasib baik ade pegawai agama masjid nabawi bagi tazkirah.cakap.mayat ni bukan boleh hidup nak tolong kamu pon.

baki2,hari-hari biase selepas itu.melawat baqi jika ade waktu lapang.aku dapat raudhah 3 kali.syukur sangat.

Di Makkah hari ke 6-9

disini aku dapat mencium hajarul Aswad.setelah dua hari di Makkah.jam putus nak berebut cium hajarul aswad.seronok sangat dan aku membeli beberapa kitab.dekat Makkah ni,lagi banyak perbuatan khurafat.ade yang sejadah dia lapkan dekat kain selembar kaabah.memang dapat pelajari dan aku ketahui itu perbuatan khurafat.dengar secara live imam-imam disini.

Hari ke 10

satu hari perjalanan dari makkah terus ke Mafraq.seronok..rase nak pegi lagi.

Moga Allah mudahkan urusanku utk kesana lagi...Aminnn




No comments:

Post a Comment