Thursday 27 December 2012

Israel takut!! Anda kena ketahui





 Israel sangat takut apabila Presiden Bashar al-Assad jatuh, maka Syria akan jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin. Israel akan benar-benar terkepung. Seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, apabila Bashar al-Assad jatuh, maka Syria akan jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin.

 Israel seperti dikatakan oleh Menteri Pertahanan Amerika Leon Panetta, bahawa pasca revolusi di dunia Arab, nasib Israel benar-benar sangat buruk, dan terkepung dengan rejim-rejim baru, yang sangat tidak bersahabat dengan Israel. Israel harus melakukan pilihan berdamai dengan dunia Arab dan Palestin.

 Kejatuhan Bashar al-Assad, sangat dikhuatirkan Syria akan jatuh ke tangan Ikhwan. Bererti Israel di kelilingi kuasa yang dikendalikan oleh Ikhwan. Mesir, negeri yang paling strategik kedudukan geopolitiknya, dan berpenduduk 87 juta, sekarang kuasa beralih ke tangan Ikhwan. Bersamaan dengan kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan, yang mencapai 40 peratus sokongan suara dari rakyat.