Israel sangat takut
apabila Presiden Bashar al-Assad jatuh, maka Syria akan jatuh ke tangan
Ikhwanul Muslimin. Israel akan benar-benar terkepung. Seperti dikatakan oleh
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, apabila Bashar al-Assad jatuh, maka
Syria akan jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin.
Israel seperti
dikatakan oleh Menteri Pertahanan Amerika Leon Panetta, bahawa pasca revolusi
di dunia Arab, nasib Israel benar-benar sangat buruk, dan terkepung dengan
rejim-rejim baru, yang sangat tidak bersahabat dengan Israel. Israel harus melakukan pilihan berdamai dengan
dunia Arab dan Palestin.
Kejatuhan Bashar al-Assad, sangat
dikhuatirkan Syria akan jatuh ke tangan Ikhwan. Bererti Israel di kelilingi
kuasa yang dikendalikan oleh Ikhwan. Mesir, negeri yang paling strategik
kedudukan geopolitiknya, dan berpenduduk 87 juta, sekarang kuasa beralih ke
tangan Ikhwan. Bersamaan dengan
kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan, yang mencapai 40 peratus sokongan
suara dari rakyat.
Situasi politik di Mesir masih ditambah dengan
kemenangan Parti Nur, yang ditubuhkan oleh Salafi, mendapatkan sokongan yang
sangat signifikan suaranya, yang mencapai hampir 30 peratus. Sehingga, gabungan
Parti Kebebasan dan Keadilan dengan Parti Nur, sudah mencapai 70 peratus, dan
dengan sendirinya, boleh mengubah perlembagaan Mesir, yang akan mempunyai
implikasi serius bagi masa depan.
Palestin sudah lama, kekuatan Ikhwan
mengadakan kukunya di tanah Palestin, sejak zamannya Hasan al-Banna menghantar
beribu-ribu tentera sukarelawan ke Palestin, dan kemudian dilanjutkan oleh
Izzudin al-Qassam, yang merupakan seorang pemimpin Ikhwan. Seperti, Ahmad Yasin
dan Haniya, merupakan tokoh yang bergabung secara ideologi dan politik kepada
Ikhwan.
Sheikh Yasin merupakan generasi kedua selepas
Izzudin Al-Qassam, yang berjuang membebaskan Palestin. Sekarang Sheikh
Yasin digantikan oleh Ismail Haniya. Mereka merupakan generasi penerus Ikhwan.
Di Lubnan, kekuatan
Ikhwan tidak boleh dipandang lemah, yang merupakan rangkaian gerakan, yang
dikenali sebagai "Murobithun", yang merupakan gerakan sayap tentera
dalam gerakan Ikhwan di Lubnan.
Tokoh-tokoh Ikhwan
Lubnan, seperti Fathi Yakan, dan Said Hawa, merupakan tokoh-tokoh yang terus
menggelorakan penentangan terhadap Israel. Walaupun, landskap politik di Lubnan
sekarang dikuasai oleh Hizbullah. Tetapi, kumpulan Ikhwan tetap mempunyai
"share" politik di Lubnan.
Demikian juga, di
Jordan, kekuatan Islamic Action Front, yang menjadi sayap politik Ikhwan, terus
melakukan tekanan terhadap Raja Abdullah, yang menjadi pewaris takhta Kerajaan
Jordan, menginginkan agar hubungan dua hala dengan Israel dibatalkan. Islamic
Action Front, mempunyai sokongan yang luas, dan mempunyai kekuatan dan sokongan
dari rakyat Palestin.
Tokoh-tokoh Ikhwan di
Syria sudah habis dibantai oleh Hafez al-Assad, ayah kepada Bashar al-Assad,
pada tahun l982, tetapi bandar Hamma (Home), tetap menjadi pusat gerakan
terhadap rejim Alawiyyin (Syiah).
Ikhwan sejak zamannya
Ramadhan al-Buthi, dan beberapa tokoh lain, terus melakukan penentangan
terhadap rejim minoriti Alawiyyin, yang menggunakan pasukan tentera mereka
membasmi gerakan Ikhwan.
Tetapi, sejak tahun
l982, di mana Ikhwan dibunuh oleh Hafez al-Assad, sekarang mereka menggunakan
taktik baru, yang diinspirasi oleh Hamas, melalui cara "Intifadhah"
penentangan dalam bentuk pembangkangan awam dan demonstrasi.
Ini membuatkan rejim
Bashar al-Assad, menghadapi kesulitan. Selain itu, kumpulan Ikhwan di Syria
sekarang mendapat sokongan dari Turki, dan beberapa NGO antarabangsa di bidang
hak-hak asasi manusia.
Israel meyakini
Bashar al-Assad pasti akan kalah dan hancur. Ketua Staf Angkatan Bersenjata
Israel, Jeneral Benny Gantz berkata, kepada ahli Jawatankuasa Knesset, bila
Bashar al-Assad jatuh, maka tentera Israel akan masuk ke Syria.
Ini sudah tidak
mungkin lagi ditoleransi, di mana rejim-rejim yang dahulunya menjadi sekutu
Israel, sekarang jatuh ke tangan kumpulan "pengganas". Ikhwan di mata
Israel tetap merupakan kumpulan radikal, yang sama dengan pengganas. Hamas yang
merupakan anak asuhan Ikhwan itu, tak lain adalah kekuatan pengganas, yang akan
mengancam masa depan Israel.
Seperti garis yang
melingkar dari mulai Mesir, Tunisia, Maghribi, Algeria, Yaman, sampai ke Syria,
kekuatan Ikhwan, nampaknya akan menjadi penentu garis politik di Timur Tengah
di masa depan. Ikhwan akan menjadi pemain utama, pasca revolusi di dunia Arab
dan Afrika Utara.
Kemenangan dalam
pilihan raya yang sekarang ini berlangsung, nampaknya memberi ruang lebih luas
bagi Gerakan Jamaah Ikhwan meletakkan dalam episentrum politik secara serantau
di dunia Arab dan Afrika Utara.
Di Mesir, pilihan
raya parlimen dimenangi oleh Parti Kebebasan dan Keadilan, di Tunisia dimenangi
Parti An-Nahdhah, di Maghribi dimenangi oleh Parti Keadilan dan Pembangunan, di
Yaman kemungkinan yang akan menjadi penentu ialah Parti Ishlah.
Semuanya kekuatan
politik baru ini, merupakan produk Ikhwan. Dan para pemimpin Ikhwan memainkan
peranan politik dengan sangat cerdik, yang kadang-kadang menimbulkan prasangka
di kalangan Islam sendiri, yang menilai Ikhwan bermain dalam tingkatan politik,
bergaya "murji'ah".
Penentu polisi di
Jerusalem dan Washington sedang celaru melihat perubahan politik, yang sangat
dramatik di dunia Arab dan Afrika Utara, di mana kalangan sekular dan liberal
digulung oleh kalangan Islamis.
Walaupun begitu,
White House (Rumah Putih) sudah mengeluarkan beratus-ratus juta dolar untuk
menggagalkan kaum Islamis daripada mencapai kemenangan.
Tetapi, segalanya
telah berubah, dan tidak mungkin lagi arah jam, akan ditarik ke belakang, dan
segalanya telah memberikan harapan bagi Gerakan Islam.
Tentu, yang paling
menarik ialah perkembangan di Turki, di mana Parti AKP yang dipimpin oleh
Perdana Menteri Erdogan, benar-benar berjaya mengubah kedudukan tentera.
Tentera Turki diletakkan di bawah kekuasaan tertinggi awam. Tentera tidak lagi
dapat mencampuri urusan kerajaan, dan membubarkan kerajaan parti politik.
Sekarang kedudukan
Turki semakin jauh. Akibat peristiwa Kapal Mavi Marmara itu, hubungan
Turki-Israel, boleh dikira tamat. Semua hubungan dua hala dengan Israel
dibekukan. Padahal, antara Turki dan Israel, kedua-duanya menjadi ahli Nato.
Tetapi, Turki tetap memilih jalan menolak hubungan dengan Israel, sampai
meminta maaf.
Kerjasama antara
Ikhwan dengan Parti AKP sangat jelas, di mana ketika lawatan Perdana Menteri
Turki Recep Tayyib Erdogan, bertemu dengan Mursyid 'Aam Ikhwanul Muslimin,
Mohammad Badie, dan melakukan perbincangan bagi masa depan dunia Arab dan kaum
Muslimin.
Perdana Menteri Hamas
Haniya, juga melakukan lawatan ke Turki, dan bertemu dengan Erdogan. Ismail
Haniyah bukan hanya bertemu dengan Erdogan di pejabatnya di Ankara, tetapi
Haniyah di jamu di rumah Erdogan di rumah peribadinya. Sokongan Turki terhadap
Palestin secara total. Tidak menunjukkan adanya keraguan

No comments:
Post a Comment