Friday 19 October 2012

Untukmu Sahabat



Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi dan merendahkannya. Takwa itu di sini (beliau menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama setiap Muslim adalah haram bagi Muslim yang lain." [Riwayat Ahmad dan Muslim].


   Assalamualaikum Sahabat,

    Aku merinduimu sahabat, mungkin pengalaman kita mengajar erti kematangan, masa tidak akan berpatah balik, berjasa masa itu, Aku tidak dapat mencari penganti seperti kalian semua. Peristiwa demi peristiwa kita ukir sehingga kita berjaya. Sahabat,aku selalu mengenang kenangan kita bersama,  selalu kita bermain futsal(street soccer berbisa) diatas jalan yang diturap batu-batu kerikir, Peristiwa Timbalan ketua form kita,patah dibahagian tangannya,hanya tersenyum sewaktu tangannya itu patah,lawak kalau dikenang kembali,banyak peristiwa yang mungkin tercatat dalam fikiran aku dan kalian.

 Teruskan usaha wahai sahabatku,tidak kira dimana kita belajar,tidak kira kita belajar ditahap mana di STAM, di STPM, di DIPLOMA, di ASASI mahupun IJAZAH. Mari kita melangkah secara perlahan-lahan,jangan biarkan kita terus dihimpit kegagalan,jangan mengalah,pandang hadapan ,hadapan lagi banyak jalan berliku. Sahabat aku ingin mengeluarkan hadis yang selalu kita dengar yang maksud:

"Tidak sempurna Iman seseorang selagi mana dia tidak MENGASIHI saudaranya,sebagaiman ia MENGASIHI dirinya sendiri."(RIWAYAT MUSLIM DAN MUSLIM)

Demikian indahnya islam sehingga meletakkan kasih sesama saudara sebagai syarat kesempurnaan iman.Tinggalkan sikap mementingkan diri. Sahabat,aku merinduimu:

Sahabat,kita tinggalkan semua kekotoran yang telah kita lakukan, biarkan berlalu, jangan diungkit perkara yang telah berlaku, Sahabat,aku amat menyayangimu, aku berharap kita dapat berkawan hingga disyurga nanti. Moga kita dapat berjumpa disana,Insyaallah. Kita berdoa bersama.

Sahabat,baca hadis ini pula:

Sabda Rasulullah: “Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi) 

tidak salah untuk kita menyatakan ungkapan sayang kita kepada sahabat,tapi biarlah bertempat,jangan menyatakan kasih sayang kita itu berlain jantina,kerana akan mendatangkan fitnah yang besar.disini budaya lelaki masyarakat Arab melagakan pipi mereka sambil memeluk erat.Aku merindui sewaktu bersalam denganmu. Sahabat,kenapa kita lebih mementingkan girlfriend/boyfriend berbanding sahabat yang banyak membantumu.disini aku meninggalkan persoalan untukmu sahabat.Kenapa sikap ini menganggu fikiranku.Sahabat,

Memberilah ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.janganlah memaki sahabat-sahabat kita,mungkin dia tidak tahu dan mengerti, maka ajarlah sahabat kita itu erti yang sebenarnya.

Sahabat,tolong menolonglah sesama kita,kita bersaudara.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim.

Sahabat,bukan senang sebenarnya untuk membentuk peribadi seperti sahabat-sahabat nabi junjungan kita,tetapi usahalah dan jangan berputus asa,cukuplah sekadar untuk mengambil contoh.Jika kita bertemu nanti,bertegur-tegurlah.

 Akhir kataku,aku berpesan kepada diri sendiri terlebih dahulu moga kita semua sentiasa memohon doa dan memanjatkan seinfiniti kesyukuran kerana dikurniakan sahabat yang sama-sama berkongsi suka dan duka.Tiada niatku untuk menyakiti hati kalian.


Kalian Sahabat Dunia Akhirat.Amin......a-sama.. Paling berharga carilah sahabat yang membawa kita menemui cinta dari Ilahi.. Wallahua'lam..



3 comments:

  1. dak klas aq sekarang x mcm kte2 dulu ..
    rindu zaman skolah ..

    ReplyDelete
  2. cantik tmpt yer ..
    ble lak aq nak g sane ..

    ReplyDelete
  3. hahaha,dtg2 la,dialu-alukan,ana smbut nnti

    ReplyDelete