Thursday 23 January 2014

Gua Ashabul Kahfi

Alhamdulillah, Jordan Heritage Exploration anjuran BPP PRISMA bertemakan ‘Kembara Nubuwwah Menyingkap Sirah Nabi’ menjalankan jaulah hampir seluruh kawasan diseruh jordan selatan 

Rombongan syabab bertolak pada hari Sabtu dan selamat sampai di Mafraq pada hari Isnin

Antara tempat-tempat yang sempat dilawati adalah Ashabul Kahfi, Kubu Karak, Maqam Sahabat Nabi, Ma'rakah Mu'tah, Petra , Wadi Rom dan diakhiri dengan Aqobah. Di Aqobah, para peserta berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman menaiki bot kaca, bot laju dan seumpama dengannya yang sememangnya mashyur di kalangan Arab Jordan di Aqobah. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk melawat China Town dan Akuarium Aqobah. 

Tuesday 7 January 2014



 Aku menjenguk ke dunia kembali,setelah sekian lama menyepi.mencari jalan kebenaran sambil dilambung ombak dugaan. secara peribadi jalan kebenaran itu bukan mudah untuk dicari.tetapi bak kata pepatah jikalau takut dilambungkan ombak jangan berumah ditepi pantai. nasihat Al quran kepada kita:


Wahai orang-orang beriman bertakwalah kepada Allah 
dengan sebenar-benarnya takwa dan janganlah kamu 
mati melainkan dalam keadaan berserah diri
(Surat Ali ‘Imron : 102)