Thursday 27 December 2012

Israel takut!! Anda kena ketahui





 Israel sangat takut apabila Presiden Bashar al-Assad jatuh, maka Syria akan jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin. Israel akan benar-benar terkepung. Seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, apabila Bashar al-Assad jatuh, maka Syria akan jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin.

 Israel seperti dikatakan oleh Menteri Pertahanan Amerika Leon Panetta, bahawa pasca revolusi di dunia Arab, nasib Israel benar-benar sangat buruk, dan terkepung dengan rejim-rejim baru, yang sangat tidak bersahabat dengan Israel. Israel harus melakukan pilihan berdamai dengan dunia Arab dan Palestin.

 Kejatuhan Bashar al-Assad, sangat dikhuatirkan Syria akan jatuh ke tangan Ikhwan. Bererti Israel di kelilingi kuasa yang dikendalikan oleh Ikhwan. Mesir, negeri yang paling strategik kedudukan geopolitiknya, dan berpenduduk 87 juta, sekarang kuasa beralih ke tangan Ikhwan. Bersamaan dengan kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan, yang mencapai 40 peratus sokongan suara dari rakyat.

Saturday 24 November 2012

4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik ke Neraka



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,telah dicipta manusia ini dengan sebaik-baik kejadian,tetapi apa kan daya,sifat manusia yang lemah ini kalah pada hasutan dan godaan Syaitan,Allah telah mencipta Golongan lelaki yang lebih kuat daripada wanita untuk menjaga mereka daripada terjerumus dari lembah kebinasaan,Ini merupakan satu ujian bagi golongan Adam untuk menjaga amanah ini bagi mengelakkan diri mereka ditarik oleh golongan hawa ini.

Di akhirat, wanita akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul!


Wednesday 14 November 2012

Muharram Bukan bulan Hijrah Nabi Muhammad





Salam Maal Hijrah semua,hari ini penulis ingin berkongsi ilmu tentang hijrah,dan ingin membetulkan pemikiran kita tentang hijrah yang yang sebenar mengikut ahli sejarah islam yang terdahulu,Dahulu penulis pun tidak tahu tentang hijrah dari sudut sejarahnya,dan hanya bertaqlid pada orang sahaja,hihi,biasala,ilmu tanda lagi waktu tu,sekarang sudah belajar dekat negara orang ni,tahu la sikit-sikit tentang hukum hakam dan ilmu-ilmu yang lain,mungkin susah jugak kalau nak tetapkan sesuatu hukum,perlu mengkaji dengan teliti dan tertib bagi mengadapi kemungkinan,

Sunday 11 November 2012

Harta pusaka Rom




Bumi Jordan yang kaya dengan tinggalan sejarah, bumi ini juga juga dikenali sebagai bumi Anbiya kerana sejarah dan kisah-kisahnya yang terdapat didalam Al-Quran. Disini penulis ingin menyambung kembali jaulah yang telah dilawatinya.Disini lebih mendalam sikit bahase yang akan digunakan,hihi,x de la..biasa-biase saje,tapi tempat ini lebih luas dari Ummu Qays yang telah dilawati dahulu.Sama juga seperti Ummu Qays,tempat yang penulis lawati ini bekas tinggalan Rom jugak.tapi bandar dia lebih maju sikit.kerana macam-macam ade.Jom kita mulakan jaulah...nama tempat ini Jarash,dekat dengan Amman(ibu negeri Jordan),kawasan berbukit,pandai orang rom cari kawasan bukit je,mesti ade motif tu..

Friday 9 November 2012

Jaulahku pertama



      Bumi Anbiya penuh barokah,hari ini penulis ingin menceritakan mengembaraannya dibumi anbiya selama sehari yang membawa pelbagai erti dan keajaiban yang tidak dapat dirungkai.Penulis melalukan pemgembaraannya bersama-sama sahabat yang sedang menuntut pengajian bahasa arab di Universiti al-Al Bayt,Jordan.Tidak dilupakan kepada Pusat Bahasa Universiti yang memberi peluang untuk kami berjaulah tanpa sebarang wang Dinar,

Saturday 3 November 2012

Niqab wajib ke????




                 Pandangan niqab menurut 4 mazhab.kita tidak akan jadi bertaqlid sahaja,tetapi kita mempunyai dalil-dalil yang membolehkan kita berpegang kepadanya.Disini saya ingin berkongsi ilmu dengan pembaca semua tentang hukum-hukum memakai niqab.Sebelum itu,ana ingin berkongsi tentang hukum mengtaqlid dengan imam-imam,pandangan Dr Yusuf Qardawi,tiada dalil yang menunjukkan untuk kita bertaqlid pada mazhab tertentu.Imam Ahmad juga telah berkata: "Jangan mentaqlidku dan jangan mentaqlid Malik, as-Shauri atau Auza'ie. Ambillah dari mana mereka ambil." Beliau juga berkata: "Seseorang itu dianggap kurang faqih apabila ramai orang mentaqlidnya.

hihi...baru kita masuk dalil-dalil mengikut mazhab:

Thursday 25 October 2012

Kahwin Awal????



SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

 Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

 Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

Sunday 21 October 2012

Ilmu Itu Kebajikan,Pelihara Dan Amalkanlah



Berbagai bentuk kebajikan yang dianjurkan dalam Islam,Antara salah satu kebajikan yang mungkin kita tidak perasan ialah Ilmu. Ilmu telah menjadi satu kebajikan kepada kita kerana ilmu menjadi senjata yang paling berbisa untuk melindungi umat manusia.Tanpa ilmu manusia akan menjadi jahil,tidak mengerti erti perjuangan yang sebenar,tidak celik pemikirannya,tertutup dan hanya mendengar dan sebaliknya tidak mengkaji.Hal ini telah disebut oleh nabi:


Daripada Abi Hurairah r.a meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa menutup aib seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah suatu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya.”

(Riwayat Muslim no.2699, 2580 dan al-Tirmizi no. 2940


Friday 19 October 2012

Untukmu Sahabat



Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi dan merendahkannya. Takwa itu di sini (beliau menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama setiap Muslim adalah haram bagi Muslim yang lain." [Riwayat Ahmad dan Muslim].

Wednesday 17 October 2012

Sebuku Roti sebuah Syurga

Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti.”
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar,lalu ia bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil mengerjakan solat dan bersujud. Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Kisah Orang Yang Bertaubat

Allah Ta’ala berfirman, قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِ “Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53) Dari Buraidah dia berkata, “Ma’iz bin Malik Al Aslami pergi menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah menzhalimi diriku, kerana aku telah berzina, oleh kerana itu aku ingin agar anda berkenan membersihkan diriku.” Namun baginda menolak pengakuannya. Keesokan harinya, dia datang lagi kepada baginda sambil berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berzina.” Namun baginda tetap menolak pengakuannya yang kedua kalinya. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus seseorang untuk menemui kaumnya dengan mengatakan: “Apakah kalian tahu bahawa pada akalnya Ma’iz ada sesuatu yang tidak beres yang kalian ingkari?” mereka menjawab, “Kami tidak yakin jika Ma’iz terganggu fikirannya, setahu kami dia adalah orang yang baik dan masih sihat akalnya.” Untuk ketiga kalinya, Ma’iz bin Malik datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk membersihkan dirinya dari dosa zina yang telah diperbuatnya. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun mengirimkan seseorang menemui kaumnya untuk menanyakan kondisi akal Ma’iz, namun mereka membetahukan kepada baginda bahawa akalnya sihat dan termasuk orang yang baik. Ketika Ma’iz bin Malik datang keempat kalinya kepada beliau, maka beliau memerintahkan untuk membuat lubang perlaksanaan bagi Ma’iz.


Thursday 10 May 2012

Isteri Yang Solehah Dan Suami yang Fasik

Kisah Berkat di Sebalik Membaca Bismillah Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.