Thursday 23 January 2014

Gua Ashabul Kahfi

Alhamdulillah, Jordan Heritage Exploration anjuran BPP PRISMA bertemakan ‘Kembara Nubuwwah Menyingkap Sirah Nabi’ menjalankan jaulah hampir seluruh kawasan diseruh jordan selatan 

Rombongan syabab bertolak pada hari Sabtu dan selamat sampai di Mafraq pada hari Isnin

Antara tempat-tempat yang sempat dilawati adalah Ashabul Kahfi, Kubu Karak, Maqam Sahabat Nabi, Ma'rakah Mu'tah, Petra , Wadi Rom dan diakhiri dengan Aqobah. Di Aqobah, para peserta berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman menaiki bot kaca, bot laju dan seumpama dengannya yang sememangnya mashyur di kalangan Arab Jordan di Aqobah. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk melawat China Town dan Akuarium Aqobah. 



Mulanya aku kawan aku yang mengajak untuk sertai jaulah ini.tapi disaat akhir aku hampir menarik diri untuk menyertai..hujung bulan,bajet habis..hehehe..nak dikatakan cerita,Mak bagitahu ade orang bagi duit dekat bank..kata alhamdulillah jela..durian runtuh orang tua kata. 


perjalanan bermula pada hari sabtu,pukul 9 pagi.. asal pukul 8.janji mamak pukul 9 terus..kami pergi naik bas.geng umur aku la paling ramai.perjalanan mengambil masa sejam untuk menuju ke gua ashabul kahfi iaitu tentatif pertama.terdapat juga sejarah disebalik kisah ashabul kahfi ini:



Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.
Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
  • Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.
Menurut Ibn Abbas pendapat yang kuat iaitu tujuh orang dan yang kelapan termasuk anjing.

dan sebenarnya banyak jugak riwayat-riwayat yang mengatakan gua ashabul khafi ini terdapat didaerah lain,iaitu
  1. Gua di Efesus, anatolia, Turki sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini. Namun gua ini juga turut menepati ciri-ciri yang diberikan dalam Al-Quran.
  2. Gua di Damsyik syria..

Jadi kesimpulanya,tempat yang saya pergi ini ialah tempat ketiga iaitu


Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan

Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya 'Penemuan Besar Abad 20 : 7 Peradu Tiga Abad' menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan. Peristiwa Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga surah dinamakan al Kahfi.



inilah serba sedikit kisah gua dan ashabul kahfi..kita pegi ke tempat seterusnya


:: KEMBARA NUBUWWAH MENYINGKAP SIRAH NABI ::

No comments:

Post a Comment