Tuesday 7 January 2014



 Aku menjenguk ke dunia kembali,setelah sekian lama menyepi.mencari jalan kebenaran sambil dilambung ombak dugaan. secara peribadi jalan kebenaran itu bukan mudah untuk dicari.tetapi bak kata pepatah jikalau takut dilambungkan ombak jangan berumah ditepi pantai. nasihat Al quran kepada kita:


Wahai orang-orang beriman bertakwalah kepada Allah 
dengan sebenar-benarnya takwa dan janganlah kamu 
mati melainkan dalam keadaan berserah diri
(Surat Ali ‘Imron : 102)


                 Memang perit dimana kita ingin mencari jalan kebenaran,dengan adanya penghianat yg ingin jatuhkan dakwah kita dan musuh yang sentiasa mencari ruang-ruang untuk menerkam disebalik celah- celah kealpaan.Dewasa kita, dibesarkan dalam islam sepatutnya menjadi jalan untuk kita supaya lebih mendekati diri kepada Allah,tanpa mengada-gadakan sesuatu perkara yang baru kerana ;

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah 
kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk
Muhammad –shallallahu alaihi wa sallam-, dan seburuk-burk perkara adalah perkara yang diada-adakan 
(dalam agama), dan setiap perkara yang baru itu 
adalah bid’ah, setiap bid’ah itu sesat dan setiap 
kesesatan itu tempatnya di neraka

Secara peribadanya ingin aku kongsikan dialog aku bersama sahabat baru yang bergelar islam.Perkongsian ini menceritakan tentang betapa peritnya mereka yang bukan islam ingin mencari jalan kebenaran.Tetapi kita,hidup dengan kemewahan,kenikmatan dan kesengangan hingga lupa asal usul dari manakah kita, ditambah teruk melafazkan kata-kata kufur. Maka bersyukurlah kepada Allah wahai orang yang bertaubat, ketahuilah bahwa nikmat ini hanyalah dari Allah saja, tidak ada kekuatan dan daya upaya melainkan dengan (pertolongan) dari Allah yang Maha lembut lagi Maha mengetahui, Dialah yang mengasihi dan memberimu petunjuk dan tidak mewafatkan kamu dalam keadaan tenggelam dalam syubhat dan syahwat, bagi-Nyalah segala pujian didunia dan diakhirat

                        Sahabatku ini bernama Mustaqim berasal dari sarawak.Ahli keluarganya semuanya kristian tetapi cahaya datang menyuluh didalam hati mustaqim ini.Dididik didalam agama kristian,diajarkan ke gereja setiap hari ahad dan dibesarkan dalam ibu bapanya kristian tetapi beliau bersekolah di pasti(nama tadika didikan islam) kerana untuk memudahkan ibunya untuk mengambilnya ketika pulang dari kerja.ketika ditadika ini .

                     Ibu bapanya tidak kisah dengan tarbiyah islam,mustaqim membaca doa ketika makan,tpi ibu bapa beliau menganggap itu perkara biasa yang tidak dapat mengoyangkan dakwah kristian.beliau juga rajin menghadiri kelas-kelas fardhu Ain tpi bukan duduk didalam kelas malah hanya duduk dipintu sahaja mendengar kanak-kanak lain menbaca Al-Quran sehingga menyebabkan beliau boleh menghafal Surah Alfatihah kerana selalu mendengar ayat suci Alquran.Suatu hari ustazah yang mengajar kelas Fardhu Ain ini tadi datang kerumah mustaqim yang bekata-kata dengan ibu mustaqim:

                                        " mustaqim ini seorang yang rajin"

Ibu bapa mustaqim masih menganggap mustaqim masih kecil dan tidak akan memberi kesan kepada mereka nanti,sehingga umurnya berusia 15 tahun,usia remaja-remaja menduduki PMR.Disaat ini keyakinan itu datang hingga beberapa kali Allah menampakkan cahaya kepadanya.cerita beliau kepadaku beliau dinampakkan Allah didalam mimpi sebanyak tiga kali berturut-turut dalam tidur malamnya hingga menyebabkan beliau menanyakan mimpi itu kepada guru agama disekolah beliau.Ustaz beliau berkata hidayah Allah telah datang kepadanya.

                   Disaat inilah beliau mengucap Syahadatain (2 kalimah syahadah) dan dibimbing oleh rakan-rakannya dan ustaznya sehingga membolehkan beliau sambung belajar kejordan ini didalam bidang Fiqh.Dugaan yang diterima dari keluarganya agak besar,tpi beliau tabah dan bersabar.Sungguh menakjubkan Segala puji bagi Allah kita sanjung, meminta pertolongan dan memohon ampunan-Nya, dan kita berlindung kepada-Nya dari keburukan diri serta perbuatan kita, barangsiapa yang Allah beri petunjuk maka tidak ada seorangpun yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang disesatkan-Nya maka tidak ada seorangpun yang dapat memberinya petunjuk

Disini,sebagai seorang pelajar.saya berharap agar remaja-remaja dapat menjaga kalimah yang suci..jangan kalian menghina kalimah ini.kerana kalimah ini yang akan membawa kalian ke syurga..

No comments:

Post a Comment