Thursday 23 January 2014

Gua Ashabul Kahfi

Alhamdulillah, Jordan Heritage Exploration anjuran BPP PRISMA bertemakan ‘Kembara Nubuwwah Menyingkap Sirah Nabi’ menjalankan jaulah hampir seluruh kawasan diseruh jordan selatan 

Rombongan syabab bertolak pada hari Sabtu dan selamat sampai di Mafraq pada hari Isnin

Antara tempat-tempat yang sempat dilawati adalah Ashabul Kahfi, Kubu Karak, Maqam Sahabat Nabi, Ma'rakah Mu'tah, Petra , Wadi Rom dan diakhiri dengan Aqobah. Di Aqobah, para peserta berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman menaiki bot kaca, bot laju dan seumpama dengannya yang sememangnya mashyur di kalangan Arab Jordan di Aqobah. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk melawat China Town dan Akuarium Aqobah. 

Tuesday 7 January 2014



 Aku menjenguk ke dunia kembali,setelah sekian lama menyepi.mencari jalan kebenaran sambil dilambung ombak dugaan. secara peribadi jalan kebenaran itu bukan mudah untuk dicari.tetapi bak kata pepatah jikalau takut dilambungkan ombak jangan berumah ditepi pantai. nasihat Al quran kepada kita:


Wahai orang-orang beriman bertakwalah kepada Allah 
dengan sebenar-benarnya takwa dan janganlah kamu 
mati melainkan dalam keadaan berserah diri
(Surat Ali ‘Imron : 102)

Friday 31 May 2013

Bersyukur Di Bumi Saudi



Perjalananku kali ini sungguh menyeronokkan,apa yang nak dikata,menjadi tetamu Baitullah Haram,misi menjejaki Haramain(asal perkataan haram).Mungkin kos untuk kesini amat murah berbanding kos dinegaraku 125 Dinar Jordan (550 ringgit),Sewaktu dimakkah ramai orang Malaysia cakap murah sangat sampai 9 kali ganda dengan harga umrah di malaysia.Mungkin harga kami ini murah sebab tidak termasuk kos makan dan hotel yang agak jauh.Disini aku ingin menceritakan kisahku selama 10 hari termasuk 2 hari perjalanan.