Wednesday 14 November 2012

Muharram Bukan bulan Hijrah Nabi Muhammad





Salam Maal Hijrah semua,hari ini penulis ingin berkongsi ilmu tentang hijrah,dan ingin membetulkan pemikiran kita tentang hijrah yang yang sebenar mengikut ahli sejarah islam yang terdahulu,Dahulu penulis pun tidak tahu tentang hijrah dari sudut sejarahnya,dan hanya bertaqlid pada orang sahaja,hihi,biasala,ilmu tanda lagi waktu tu,sekarang sudah belajar dekat negara orang ni,tahu la sikit-sikit tentang hukum hakam dan ilmu-ilmu yang lain,mungkin susah jugak kalau nak tetapkan sesuatu hukum,perlu mengkaji dengan teliti dan tertib bagi mengadapi kemungkinan,
                        Terus kepada sejarah tentang hijrah ini,mungkin kita atau penulis dahulu menganggap bahawa Bulan hijrah atau Bulan Muharam ini sebagai bulan nabi berhijrah dari Makkah ke Madinah,  salah!!!,sebenarnya Nabi berhijrah dari Makkah ke Madinah Bulan Islam yang lain,Dan untuk pengetahuan semua jugak,tiada wujud kalander Islam lagi pada zaman nabi Muhammad,tetapi selepas berganti khalifah hingga ke Khalifah Umar Al-Khattab,baru la wujud kalender islam ini kerana untuk memudahkan urusan umat islam,dan pada zaman Khalifah Umar Al-khattab juga digelar sebagai zaman kemajuan dan kemodenan Islam setelah pelbagai perubah yang dilakukannya dalam Kemaslahatan Umat islam yang semakin berkembang keseluruh pelusuk dunia .

                    Dahulu orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
                    Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

                   Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:


Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
 

Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.


Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

  
Kesimpulannya,setelah dikaji,jelaslah bahawa Bulan Muharam bukanlah bulan Nabi Muhammad berhijrah,atau pun memulakan hijrah .Baginda S.A.W keluar rumah pada akhir bulan Safar dan memulakan hijrah pada hari pertama bulan Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal.Jika terdapat perbezaan dalam kalangan sejarahwan,ia berkisar pada tarikh-tarikh yang disebut sahaja,Dan pada Bulan pula, mereka bersetuju bahawa bulan Rabiul Awwal bulan Nabi berhijrah.Maka diharapkan agar pemikiran kita berubah yang beranggapan bahawa bulan Muharram sebagai bulan Baginda berhijrah kepada bulan Rabiul awwal bulan baginda berhijrah.

sekian dari penuntut berjuang :)
 
"tabahkan hati,tenangkan fikiran dan cekalkan diri"

sumber ilmu:senior al-Al bayt Universiti ,DR MAZA,kitab2 pilihan

No comments:

Post a Comment