Friday 31 May 2013

Bersyukur Di Bumi Saudi



Perjalananku kali ini sungguh menyeronokkan,apa yang nak dikata,menjadi tetamu Baitullah Haram,misi menjejaki Haramain(asal perkataan haram).Mungkin kos untuk kesini amat murah berbanding kos dinegaraku 125 Dinar Jordan (550 ringgit),Sewaktu dimakkah ramai orang Malaysia cakap murah sangat sampai 9 kali ganda dengan harga umrah di malaysia.Mungkin harga kami ini murah sebab tidak termasuk kos makan dan hotel yang agak jauh.Disini aku ingin menceritakan kisahku selama 10 hari termasuk 2 hari perjalanan.

Saturday 19 January 2013

Jangan bersedih wahai Hati



Aku tidak mengerti mengapa diri ini sering berada didalam kekeliruan dan ujian yang getir.,tidak mengerti dimana erti sebenarnya kebenaran.aku ingin menjadi muslim yang sejati,tetapi kekeliruan ini mengimpit diriku ini,Aku sering dilanda masalah,adakah aku tidak bersyukur?.Aku bersyukur dan bergembira dengan  apa yang berlaku,kerana aku tahu.Allah ingin mengujiku.kerna Firmanya dalam surat Al-Hud  ayat  9 berbunyi:

             dan jika kami berikan rahmat kami kepada manusia ,kemudian rahmat itu kami cabut kembali,pastilah dia menjadi putus asa dan tidak berterima kasih 

Friday 11 January 2013

keayuan Salji

Tak tergambar betapa bersyukurnya ciptaan tuhan,yang menjatuhkan butiran-butiran putih dari langit ciptaan Rabbul Izati,buat pertama kalinya,saya melangkah ke alam salji ini,sungguh teruja,waktu kecil ku hanya bermain salji di peti ais,sekarang,tidak lagi,ianya bukanlah mimpi yang saya  sangkakan, perasaan seronok sudah tidak dapat digambarkan lagi kerana keasyikan bermain salji,Jarak tempat bermain salji ini,hanya 20 Km dari asramaku,mungkin 30 minit dari tempat ini,tempat ini,bernama Ajluon,Kawasan berbukit .Mula-mula seperti tidak percaya apabila dikhabarkan oleh pihak persatuan pelajar bahawa ,mereka akan menganjurkan lawatan ke tempat salji ini,saya pun terus confrem je nak pergi,Tambang 2.70 Dinar(11.61 rggt) semangat punya pasal.

Saturday 5 January 2013

Aku terkejut dibumi ini


Assalamualaikum,bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan Zat dan kasih sayangnya dapat lagi saya menyampaikan sesuatu benda yang mungkin kalian semua tidak mengetahui,dan disini melalui penulisan saya ,saya ingin  menceritakan benda-benda pelik yang berlaku dalam hidup saya selama saya tinggal di Jordan ini.Bukan ingin memburukkan bangsa Arab tetapi ingin berkongsi pengalaman.Amat hina terhadap saya apabila saya menceritakan  bangsa Arab yang amat mulia disisi Allah .Kerana apa,kerana Nabi terakhir adalah berbangsa  arab,Alquran diturunkan dalam bahasa Arab,dan didalam AlQuran itu ada menyebut tentang bangsa Arab