Saturday, 19 January 2013
Jangan bersedih wahai Hati
Aku tidak mengerti mengapa diri ini sering berada didalam kekeliruan dan ujian yang getir.,tidak mengerti dimana erti sebenarnya kebenaran.aku ingin menjadi muslim yang sejati,tetapi kekeliruan ini mengimpit diriku ini,Aku sering dilanda masalah,adakah aku tidak bersyukur?.Aku bersyukur dan bergembira dengan apa yang berlaku,kerana aku tahu.Allah ingin mengujiku.kerna Firmanya dalam surat Al-Hud ayat 9 berbunyi:
dan jika kami berikan rahmat kami kepada manusia ,kemudian rahmat itu kami cabut kembali,pastilah dia menjadi putus asa dan tidak berterima kasih
Apa yang hendak aku katakan dalam diriku ini,bersabarlah wahai hati,kerana setiap kesulitan yang Allah bagi itu mesti ade kemanisan di akhirnya.Wahai hati,janganlah kita mempersalahkan diri ini dengan menekan diri dengan perkara-perkara yang bembabi buta.tetapi sebaliknya banyakanlah melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada pencipta.banyakkan bersabar wahai hati.walaupun diri ini susah untuk menerima apa yang berlaku.sabar itu tiada hadnya. .setiap yang terjadi telah tertulis. .Allah itu tidak kejam. .malah xkan pernah kejam. .Namun percaya dan yakinlah. Allah sedang merancang sesuatu kebaikan kepada kita wahai hati.
Betulkanlah niat wahai hati,apabila kita kembali kepada tuhan kita nanti,Dia tidak pernah tanya siapa mak bapak kita,tetapi ia begantung kepada diri kita sendiri.tidak ada halangan untuk kita dekatkan diri kepadanya wahai hati.hanya padamu ku sembah dan hanya padamu aku memohon pertolongan.
Berdoalah kepada Allah dalam kamu yakin doa kamu akan diterima,Allah tidak akan menerima daripada hati yang lalai
Allah itu amat dekat dengan hamba-hambanya,maka berdoalah kepadanya jika hati ini terdapat masalah,Allah mendengar doa hamba-hambanya.kerana janji Allah itu benar.Allah berfirma dalam "mintalah kepadaku,nescaya akan aku perkenankan doamu".semua doa Akan menjelma,melainkan hambanya itu tidak berdoa bersungguh-sungguh.
Wahai hati,sering kali kita terlupa,bahawa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan,jika doa kita tidak berperkenankan maka menangislah jadilah hati ini(dihdpn Allah) seperti seorang anak kecik dihadapan orang tuanya yang apabila ia menginginkan sesuatu dari mereka akan tetapi mereka tidak mengabulkan keinginnya mara ia akan merenget dan menangis dihadapan keduannya,demikian pulalah sebaik keadan hati dihadapan Allah,apabila memohon sesuatu kepadanya,Dan apabila Allah belum mengabulkn permohonan hati ini,bersimpuhlah dan menagislah dihadapannya.mungkin doa kita dikabulkan,tetapi disampaikan dengan cara yang lain
Akhir kata wahai hati,ambilah sepotong ayat ini sebagai panduan kita untuk terus maju kehapadan.ambilah pengajaran dari sejarah-sejarah yang telah berlaku,jangan dibairkan ia terus keruh.
"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui(semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya".
Albaqarah:216
teruskan berharap kepada tuhanmu,yakin dengan tuhanmu dan bersyukurlah
Labels:
kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment