Saturday, 5 January 2013
Aku terkejut dibumi ini
Assalamualaikum,bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan Zat dan kasih sayangnya dapat lagi saya menyampaikan sesuatu benda yang mungkin kalian semua tidak mengetahui,dan disini melalui penulisan saya ,saya ingin menceritakan benda-benda pelik yang berlaku dalam hidup saya selama saya tinggal di Jordan ini.Bukan ingin memburukkan bangsa Arab tetapi ingin berkongsi pengalaman.Amat hina terhadap saya apabila saya menceritakan bangsa Arab yang amat mulia disisi Allah .Kerana apa,kerana Nabi terakhir adalah berbangsa arab,Alquran diturunkan dalam bahasa Arab,dan didalam AlQuran itu ada menyebut tentang bangsa Arab
Terlebih dahulu saya ingin menceritakan dari segi ibadah,mula-mulanya saya agak pelik,tetapi lama-kelamaan,sudah tidak menjadi apa-apa yang pelik disini.antara yang berlaku disini dan tidak berlaku di malaysia ialah:
1. Solat Jamak ketika hujan(akan diperincikan pada masa akan datang).insyaallah
2. Solat Subuh tiada Qunut
3. Selesai solat berjemaah tidak berdoa
4. ketika Tahiyat jari telunjuk bergoyang-goyang.
5. ketika solat tangan berada disisi
6. Jarak antara azan dan Iqomah terlalu panjang(selalu jemaah akan ramai)
7. Apabila bertemu kawan,mereka akan melaga-lagakan pipi smbil keluarkan bunyi cium(budaya arab)dan banyak lagi
sebab apa berlaku benda ini,kerana banyaknya khilaf antara ulama dan mazhab yang berbeza-beza.ianya menjadi pelik apabila kita tidak mempunyai ilmu.Dan antara kelebihan apabila kalian semua datang menuntut ilmu di Jordan ini, kalian akan dapat satu perbezaan pengalaman yang amat besar berbanding dengan pelajar yang menuntut di negara Malaysia
Kedua,saya nak ceritakan tentang budaya orang arab ni,
1.Budaya ketika memandu
Di sini kemalangan cukup-cukup kurang. Serius saya kata kan yang mereka adalah pemandu yang hebat, pemandu yang cekap. Dengan keadaan jalan rayanya rata-rata tidak bergarisan. Hatta jalan di bandaraya pun tak de line! Dengan keadaan mereka yang memandu lajunya lagi, siap memandu sambil minum syai (teh) itu . Tapi bila berlaku sekali kemalangan, mula lah mereka kumpul ramai-ramai, sampai sesak jalan di buatnya. siap gaduh-gaduh tu. Tabiat dorang ketika memandu juga adalah dengan memasang lagu kuat-kuat. lagi satu tangan dorang ni suke sangat bunyikan hon. Padahal bukannya ada apa pun, hon je. Dorang suka main hon. Kalau lampu isyarat hijau je kan, mula la hon-hon. Sedangkan lom sampai sesaat je lampu hijau tu nyala.
2. Budaya ketika raya
Mereka dekat sini tak balik kampung macam malaysia Sebabnya anak-anak mereka duduk dalam satu rumah, duduk sekali satu keluarga.jadi nak balik kampung pun nak balik ke mana kan,x de tempat
3. Sistem Bas dan Teksi
Naik bas dalam Amman dan menuju ke bandar-bandar lain di Jordan.. selagi tak penuh tak jalan ,tak kira berapa lama pun tunggu , kalau satu seat je lagi kosong pun ,bas takkan jalan .. namun kini ada dah bas yang jalan ikut time , bermula sedikit demi sedikit.. Drebar taxi pula hisap rokok dalam taxi yang bertutup tingkapnya (sebab sejuk di luar ) dengan tidak endah penumpang di dalamnya, kalau nak ke bandar kena hari jalan jam, 3 batang rokok boleh habis dihisapnya .
4. kecantikan wanita arab
Secara semula jadinya,wanita arab memang cantik,tak perlu make up,sudah cantik.tetapi wanita arab ni suka make up tebal-tebal hingga hilang natural beauty tu.
5. Kanak-kanak Arab
bagi gologan melayu disini,kami selalu dipanggil Ali baba,x tau sebab apa dan selalu dibalingkan batu.mungkin hendak bergurau.Patutla mereka ni hebat baling batu,dari kecik dah berlatih.
6. kedai halawiyat(kedai manisan)
Selalu fikir macamana orang arab boleh makan halawiyat /kuih manisan yang teramat manis sampai berair gulanya… kedai halawiyat boleh masak dan jual bertalam-talam halawiyat sehari. halawiyat tu ade yang sedap ade yang x.kne pndai pilih,saya suke yang halawiyat macam sarang burung,sedap,ranggup,manis giler
7. air gas(air karbonat)
air jenis ni. memang banyak dekat sini.hampir setiap kedai ada.tapi saya tak pernah lagi dengaR orang arab ni ada kencing manis.pelik saya.ada makan benda lain kot nak cover manis tu.Cara nak hilang manis.bubuh garam dalam air tu,manis tu akan hilang.tak percaya.cubalah dirumah.Insyaallah
demikian sahajalah perkara-perkara yang berlaku disini,mungkin ade yang terkurang ,mungkin ade yang terlebih.ini semua berdasarkan pengalaman saya,dan bukanlah rekaan untuk memburukkan sesuatu kaum.akhir kalam.Tadaburlah ayat ini.
Surah Al-Hujurat, ayat ke 13;
Maknanya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Aku berharap agar bangsa Arab disini akan berdisiplin dan maju pada masa hadapan.Islam for All
Labels:
kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

sangat menarik..pengalaman baru berada di tempat org..harap saudara akan brjaya dunia akhirat..in shaa Allah :)
ReplyDelete