Pandangan niqab menurut 4 mazhab.kita tidak akan jadi bertaqlid sahaja,tetapi kita mempunyai dalil-dalil yang membolehkan kita berpegang kepadanya.Disini saya ingin berkongsi ilmu dengan pembaca semua tentang hukum-hukum memakai niqab.Sebelum itu,ana ingin berkongsi tentang hukum mengtaqlid dengan imam-imam,pandangan Dr Yusuf Qardawi,tiada dalil yang menunjukkan untuk kita bertaqlid pada mazhab tertentu.Imam Ahmad juga telah berkata: "Jangan mentaqlidku dan jangan mentaqlid Malik, as-Shauri atau Auza'ie. Ambillah dari mana mereka ambil." Beliau juga berkata: "Seseorang itu dianggap kurang faqih apabila ramai orang mentaqlidnya.
hihi...baru kita masuk dalil-dalil mengikut mazhab:
Mazhab Hanafi
Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun
memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika
dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.
1. Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها
باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار
“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak
tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan
merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)
2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها
، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ،
ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة
“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak
tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga
suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung
menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki.” (Ad
Durr Al Muntaqa, 81)
3. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها
فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة
“Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir
akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah
dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al
Mukhtaar, 3/188-189)
5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:
قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف
وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة
“Para ulama’ mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita
muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini,
kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)
Mazhab Maliki
Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah
aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi
wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama’ yang
bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.
1. Az Zarqaani berkata:
وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه
والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما
، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة
فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني
“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh
tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat.
Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat
oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat
ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah
atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram,
sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al
Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)
2. Ibnul Arabi berkata:
والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا
يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها
عما يَعنُّ ويعرض عندها
“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun
suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau
ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau
kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah
persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)
3. Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء
المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك
؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها
“Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika
seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya
menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau
wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi,
12/229)
4. Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب
عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في
شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح
“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita
wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul
Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan
inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib Jaliil, 499)
5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di
atas:
وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا
: إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها
ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق
في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب
“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam
kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab
Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa
hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa
hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini
dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah
memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah.”
(Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)
Mazhab Syafi’ie
Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki
ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita
memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab
Syafi’ie.
1. Asy Syarwani berkata:
إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو
ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها :
جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل
»اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ
“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat
(sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak
tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh
termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat
ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan
lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)
2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة
. وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة
. وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن
“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain
wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita
muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat
hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh
badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)
3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul
Qaarib, berkata:
وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها
وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها
“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah
aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah
seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)
4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا
الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا
“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah
telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan
telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum
keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul
Muhtaaj, 3/115)
5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar,
berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل
، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف
من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar
atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali
jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika
wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan,
haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar,
181)
Mazhab Hanbali
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة
حتى الظفر
“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula
kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)
1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis
Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح
به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها
بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة
“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat,
termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar
Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di
luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di
hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga
lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)
2. Ibnu Muflih berkata:
« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في
الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه
يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها
“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah
mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang
disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam
Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh
menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu
masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam
kancing tekan di bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)
3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika
menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:
« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة
البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها
»
“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat
di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.”
(Kasyful Qanaa’, 309)
4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه
عن الرجال الأجانب
“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya
bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.” (Fatwa Nurun ‘Alad
Darb)
ini jela dalil-dalil yang sempat dikongsi.Ilmu boleh
diperoleh dengan pelbagai cara,ini salah satu cara yang telah telah Allah
tetapkan untuk saya menulis sebagai balasan atas memberi pinjaman sementara
jari ini untuk menaip.
No comments:
Post a Comment