Berbagai bentuk kebajikan yang dianjurkan dalam Islam,Antara salah satu kebajikan yang mungkin kita tidak perasan ialah Ilmu. Ilmu telah menjadi satu kebajikan kepada kita kerana ilmu menjadi senjata yang paling berbisa untuk melindungi umat manusia.Tanpa ilmu manusia akan menjadi jahil,tidak mengerti erti perjuangan yang sebenar,tidak celik pemikirannya,tertutup dan hanya mendengar dan sebaliknya tidak mengkaji.Hal ini telah disebut oleh nabi:
Daripada Abi Hurairah r.a meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa menutup aib seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah suatu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya.”
(Riwayat Muslim no.2699, 2580 dan al-Tirmizi no. 2940
Disamping itu terdapat juga juga di dalam Al-Quran tentang ilmu ini iaitu
,“… Dan katakanlah: ‘Ya Rabb-ku, tambahkanlah ilmu kepadaku.’” [Thaahaa: 114].
Dalam ayat ini kita meminta untuk ditambahkan ilmu tetapi ada segolongan yang tidak mengunakan ilmu sebaik bahkan hanya menuntut ilmu untuk tujuan lulus dalam peperiksaan. Sememangnya lulus atau berjaya dalam peperiksaan itu bagus,tetapi janganlah biarkan ia reput setelah selesai peperiksaan.Amalkan ilmu itu,jangan kita jadikan ilmu itu koleksi peribadi, bak kata pepatah bagai mencurah ke daun keladi. Allah telah berfirman :

“Perumpamaan
orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya
(tidak mengamalkannya) adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang
tebal. Sangatlah buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu.
Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [Al-Jumu’ah:
5].
Dalam ayat ini jelas menunjukkan penghinaan terhadap sesiapa yang tidak mengamalkan ilmunya.
Ini pula kata-kata Al Imam Ibnu Taimiyah tentang Ilmu:
“Ilmu adalah apa yang dibangun di atas dalil, dan ilmu
yang bermanfaat adalah ilmu yang dibawa oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa
sallam. Terkadang ada ilmu yang tidak berasal dari Rasulullah shallallaahu
‘alaihi wa sallam, tetapi dalam urusan duniawi, seperti ilmu kedoktoran, ilmu matematik, ilmu pertanian, dan ilmu perdagangan.”
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memberikan
perumpamaan kepada kita mengenai orang yang faham tentang agama Allah Ta’ala,
ia memperoleh manfaat dari ilmunya dan memberikan manfaat kepada orang lain.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam juga memberikan perumpamaan orang
yang tidak menaruh perhatian pada ilmu agama.
Jika kita mengkaji apa erti ilmu yang sebenar,banyak yang kita akan peroleh,tetapi ilmu yang bermanfaat akan kembali kepada Tuhan pencipta kita.
Berikut adalah panduan
tepat dalam meraih ilmu yang bermanfaat dari al-Imam Habib Ali bin Hasan
al-Attas Shohib al-Masyhad.
“Ketahuilah sesungguhnya ilmu pengetahuan ibarat samudera yang tiada bertepi. Luqman al-Hakim pernah ditanya oleh puteranya, “Siapakah yang mampu menampung semua ilmu itu?” “Seluruh manusia” jawab al-Hakim. “Akan tetapi itu sebatas ilmu yang diberikan kepada manusia. Sedangkan Allah menurunkan ilmu di dunia ini dalam bagian yang sedikit saja.”

Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.Jadi tuntutlah ilmu,Niatkan kerana Allah,Insyaallah kita tergolong masyarakat yang menghasilkan buah dengan lebat.Hargailah ilmu yang amalkan beradap-adap menuntut ilmu,semoga dipermudahkan untuk memperoleh ilmu yang berkat.Amin Ya Rabii..

No comments:
Post a Comment